Malaysia

Perbesarkan isu hidangan arak akan jejas TMM2026 – Nga Kor Ming

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menggesa semua pihak supaya tidak memperbesarkan isu hidangan arak pada majlis makan malam sempena Global Travel Meet 2025 baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan membangkitkan isu sedemikian hanya akan menjejaskan imej Malaysia di mata dunia, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Katanya, negara perlu dilihat sebagai destinasi pelancongan yang mesra dan terbuka kepada semua pengunjung.

Kor Ming menjelaskan, acara berkenaan merupakan inisiatif pihak industri dan sektor swasta yang mengambil alih penganjuran daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya selepas melihat potensi besar program itu dalam menarik peluang pelaburan dan perniagaan.

Beliau menambah, penyediaan minuman beralkohol dalam acara komersial merupakan perkara lazim, namun tiada paksaan terhadap mana-mana tetamu Muslim untuk mengambilnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker