Malaysia

KKM kesan varian baharu COVID-19, XFG hasil gabungan dua strain Omicron

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai XFG yang kini menyumbang 8.2 peratus daripada 43,087 sampel yang dianalisis sehingga Minggu Epidemiologi ke-35/2025.

Varian XFG, gabungan dua strain Omicron (LF.7 dan LP.8.1.2), pertama kali dikesan di Kanada pada Januari lalu dan kini telah merebak ke sekurang-kurangnya 38 negara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkannya sebagai varian dalam pemantauan sejak 25 Jun, berikutan peningkatan kes di Asia Tenggara, Amerika dan Eropah.

Bagaimanapun, tiada bukti setakat ini menunjukkan XFG lebih berbahaya berbanding Omicron lain. Di Malaysia, varian NB.1.8.1 masih dominan dengan 39.4 peratus, diikuti JN.1 (18.1 peratus) dan XEC (13.3 peratus).

Sementara itu, situasi COVID-19 negara kekal terkawal dengan hanya satu kematian direkodkan pada minggu tersebut, melibatkan seorang warga emas berusia 91 tahun.

Jumlah kes kumulatif juga menunjukkan penurunan hampir 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker