Kes Zara Qairina: 82 saksi dirakam keterangan, memang tiada VVIP terlibat

Polis mengesahkan tiada pembabitan orang kenamaan (VVIP) dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, yang disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar memaklumkan, setakat ini, 82 saksi telah dirakam percakapan, termasuk beberapa individu yang dipanggil semula bagi melengkapkan siasatan.
Pihaknya turut menyiasat dakwaan kononnya pihak sekolah menyembunyikan kejadian tersebut.
Kes berkenaan mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan insiden buli pelajar senior, dan polis menjangka permohonan inkues akan dikemukakan kepada koroner seawal minggu depan.
Beliau pada masa sama menjangka permohonan inkues berhubung kematian Zara Qairina dapat dikemukakan kepada koroner seawal minggu depan.




