Atasi jenayah, Rusia sekat panggilan WhatsApp dan Telegram

Rusia mengenakan sekatan ke atas panggilan melalui WhatsApp dan Telegram bagi memerangi jenayah serta aktiviti yang dianggap subversif dan pengganas.
Moscow mendakwa kedua-dua aplikasi itu sering digunakan untuk penipuan, pemerasan dan merekrut individu bagi tindakan sabotaj, khususnya oleh Ukraine.
Kerajaan Rusia mahu penyedia aplikasi memberi akses kepada data atas permintaan penguat kuasa undang-undang, termasuk bagi siasatan jenayah dan keganasan.
Sekatan panggilan akan ditarik balik jika aplikasi mematuhi undang-undang tempatan.
Telegram menegaskan pihaknya aktif memerangi penyalahgunaan platform, termasuk membuang jutaan kandungan berbahaya setiap hari.
Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada kawalan ketat Rusia terhadap kebebasan media dan komunikasi sejak pencerobohan ke atas Ukraine.




