Malaysia

Malaysia kongsi formula keharmonian agama kepada dunia

Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, hari ini menyampaikan ucapan pada The 3rd International Summit of Religious Leaders yang berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa Malaysia kekal sebagai contoh negara berbilang agama yang berjaya mengekalkan keamanan dan keharmonian melalui sikap saling menghormati, dialog serta persefahaman antara masyarakat.

Menurutnya, Kementerian Perpaduan Negara mengangkat empat prinsip utama iaitu faham, hormat, terima dan meraikan sebagai panduan mempererat hubungan antara kaum dan agama.

Aaron turut menegaskan bahawa tema “Harmony in Diversity” membuktikan kepelbagaian bukan penghalang, sebaliknya kekuatan yang mampu menyatukan masyarakat melalui kepercayaan, dialog dan kerjasama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker