Malaysia

AGC sedang teliti laporan kematian Zara Qairina

Jabatan Peguam Negara (AGC) kini meneliti secara menyeluruh laporan siasatan awal polis berhubung kes kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina Mahathir, 13, yang dikaitkan dengan dakwaan buli di sebuah sekolah di Papar, Sabah.

Laporan siasatan berkenaan diterima AGC dari dua lokasi iaitu Sabah pada 3 Ogos dan Ibu Pejabat Polis Putrajaya pada 4 Ogos lalu.

Semakan yang sedang dijalankan melibatkan aspek undang-undang dan fakta bagi memastikan keputusan dibuat secara adil dan mengikut peruntukan undang-undang negara.

AGC menegaskan bahawa sebarang keputusan rasmi hanya akan dimaklumkan setelah proses semakan selesai, sekali gus menggesa orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan keadilan dan siasatan kes tersebut.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara mengesahkan kertas siasatan kes telah dihantar kepada AGC untuk tindakan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker