Malaysia
Qiamullail sambil tonton Piala Dunia 2026, masjid USJ 9 tarik orang ramai

Masjid Al Falah USJ 9 menggunakan pendekatan unik dengan menjemput orang ramai menonton siaran langsung Piala Dunia 2026 sambil menghidupkan malam melalui aktiviti qiamullail.
Program ini turut diselitkan dengan solat berjemaah sebagai pengisian rohani sepanjang malam.
Menurut hebahan di Threads, tayangan perlawanan Piala Dunia 2026 di Masjid Al Falah USJ 9 akan menggunakan skrin besar dan berlangsung dari 12 tengah malam hingga 4 pagi sepanjang kejohanan.
Lebih menarik, pihak masjid turut menyediakan makanan ringan dan minuman percuma kepada para pengunjung yang hadir.




