Dunia

Pelaburan Infineon RM30 bilion, wujudkan 1,500 pekerjaan bergaji besar

Pelaburan tambahan RM30 bilion oleh syarikat semikonduktor Jerman, Infineon Technologies, menjadikan Malaysia sebagai antara hab pengeluaran semikonduktor terpenting di dunia.

Kilang baharu berteknologi tinggi yang sedang dibina di Kulim Hi-Tech Park, Kedah ini bakal menjadi fasiliti 200mm Silicon Carbide (SiC) Power Fab terbesar di dunia. Fasa pertama kilang tersebut telah pun siap dan mula beroperasi.

Projek mega ini dijangka mewujudkan kira-kira 1,500 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat Malaysia, selain memberi limpahan ekonomi kepada lebih 130 syarikat tempatan menerusi Program Pembangunan Vendor Tempatan.

Pengumuman pelaburan ini susulan pertemuan kerajaan Malaysia dengan pengurusan tertinggi Infineon semasa misi pelaburan ke Jerman.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker