Malaysia

Nga Kor Ming kecam tindakan ganas penduduk Kampung Sungai Baru

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming mengecam tindakan penduduk Kampung Sungai Baru yang bertindak ganas hingga mencederakan polis ketika operasi pengosongan bangunan di kawasan berkenaan, hari ini.

Katanya, Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman, bersatu padu dan harmoni maka seharusnya tiada ruang untuk berlakunya keganasan sebegitu rupa di negara ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, beliau menekankan agar semua pihak bersatu mengecam segala bentuk keganasan dan menyokong pihak berkuasa dalam mengekalkan undang-undang serta ketenteraman awam.

Dalam kejadian itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman cedera ketika mengawal keadaan sewaktu operasi pengosongan.

Beliau dipercayai mengalami luka berdarah di bahagian muka selepas dirempuh penduduk yang mendesak untuk masuk ke kawasan operasi.

Isu pembangunan Kampung Sungai Baru menjadi kontroversi sejak sekian lama kerana nilai sejarah dan warisan kawasan itu dipercayai wajar dipelihara, bukan dikorbankan demi pembangunan moden semata-mata.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker