Malaysia
Tertekan pedal minyak, wanita pandu Mini rempuh enam kereta lain di JB

Seorang ejen insurans berusia 49 tahun tersilap menekan pedal minyak ketika memandu Mini Cooper di Jalan Kuning, Taman Pelangi, Johor Bahru.
Ia menyebabkan keretanya terbabas dan merempuh enam kenderaan yang diparkir berhampiran deretan kedai, kira-kira jam 9.14 pagi Khamis.
Tiada kecederaan dilaporkan dan ujian alkohol ke atas pemandu didapati negatif.
Polis menyiasat kes mengikut Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 10(1) LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan.




