Malaysia

Sekolah rekod kluster jangkitan influenza paling tinggi, diikuti tadika – KKM 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran mengenai peningkatan jangkitan influenza bermusim di seluruh negara, khususnya di institusi pendidikan.

Berdasarkan Survelan Influenza-Like Illness (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infections (SARI), jumlah konsultasi pesakit influenza meningkat daripada 7.38% pada Minggu Epidemiologi (ME) 40 kepada 9.22% pada ME 41 tahun 2025, hampir sama dengan kemuncak jangkitan pada 2024.

Golongan kanak-kanak dikenal pasti sebagai kumpulan paling terjejas, selari dengan peningkatan ketara kluster di sekolah.

Daripada keseluruhan kluster yang dilaporkan sejak awal tahun hingga ME 41/2025, sebanyak 352 kluster (65.8%) melibatkan sekolah, diikuti tadika (17.9%) dan institusi pengajian lain.

Lebih membimbangkan, penularan di institusi pendidikan melonjak daripada 8 kluster pada ME 39 kepada 202 kluster pada ME 41.

Walaupun menurun kepada 56 kluster pada ME 42 (12–16 Oktober), KKM menegaskan bahawa aktiviti jangkitan masih aktif dan perlu dibendung segera.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker