
Syarikat penerbangan CGT Asia Pte Ltd menegaskan 23 beg yang kemudian ditemukan mengandungi dadah tidak pernah dimuatkan ke dalam jet peribadi yang berlepas dari Subang ke Laos pada 1 Oktober.
Menurut CEO CGT Asia, Kapten Darren Chan Chee Seng, penumpang warga Filipina itu menaiki pesawat tanpa bagasi dan akan mengambil bagasi vape di Luang Prabang.
Namun, selepas tiba di Laos, kru mendapati terdapat kira-kira 23 beg untuk dibawa ke Manila.
Kru kemudian menolak untuk membawa bagasi itu atas faktor keselamatan dan jumlahnya yang luar biasa banyak.
Pihak berkuasa Laos kemudian menemukan 521 kilogram methamphetamine dalam bagasi itu. CGT Asia menegaskan kru tidak mengetahui kandungan dadah berkenaan.




