Dunia

Loji janakuasa Iran bakal jadi sasaran – Trump beri amaran

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam akan menyasarkan loji janakuasa dan jambatan Iran minggu depan jika Teheran terus enggan berunding.

Dalam wawancara bersama Fox News pada Selasa, Trump berkata serangan akan diteruskan sehingga beliau menganggap ia sudah mencukupi.

Ancaman itu dibuat ketika tentera AS memasuki hari keempat melancarkan serangan ke atas Iran serta mengenakan semula sekatan laut terhadap pelabuhan negara itu.

Gencatan senjata yang dimeterai pada 17 Jun kini dilihat semakin rapuh apabila pertikaian kedua-dua pihak tertumpu kepada kawalan Selat Hormuz.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker