Malaysia
Elaun pelajar TVET naik daripada RM400 kepada RM800 sebulan

Elaun sara hidup bulanan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dinaikkan daripada RM400 kepada RM800 sebulan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menafikan dakwaan bahawa Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menghentikan pembiayaan pelajar, menegaskan semua penerima pinjaman sedia ada kekal dibiayai.
Sehingga Ogos lalu, PTPK meluluskan pinjaman berjumlah RM524 juta melibatkan 52,098 pelajar di 306 pusat latihan, termasuk 21,947 pelajar baharu bagi tahun 2025.



