Malaysia
MyGOV Malaysia himpun perkhidmatan kerajaan dalam satu aplikasi

Pelbagai perkhidmatan kerajaan kini dihimpunkan dalam satu aplikasi menerusi MyGOV Malaysia, bagi memudahkan urusan harian rakyat.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, aplikasi itu menyediakan perkhidmatan seperti lesen memandu, cukai jalan, semakan saman JPJ, pasport, janji temu klinik kerajaan dan STR.
Pengguna juga boleh membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD) serta mendapatkan maklumat perkhidmatan kerajaan melalui ciri AI Chat.
Menurut Fahmi, lebih banyak perkhidmatan akan ditambah secara berperingkat supaya rakyat tidak perlu menggunakan pelbagai portal atau aplikasi berbeza.




