Malaysia
Warga asing di Malaysia kini lebih ramai dari kaum India

Kehadiran warga asing di Malaysia kini semakin ketara, khususnya di kawasan bandar, tapak pembinaan dan sektor perladangan.
Data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan seramai kira-kira 3.38 juta warga asing berdaftar secara sah berada di negara ini, jumlah yang melebihi anggaran populasi kaum India sekitar 2 juta orang.
Bagaimanapun, angka itu hanya melibatkan warga asing berdokumen sah dan jika diambil kira pendatang asing tanpa izin yang dianggarkan antara 1.2 juta hingga 3.5 juta orang.
Jumlah keseluruhan warga asing boleh mencecah hampir 7 juta, iaitu satu bahagian besar daripada populasi negara.
Lambakan warga asing didorong oleh kebergantungan majikan kepada buruh murah, terutama dalam sektor berkemahiran rendah.




