“Tak larat nak pujuk..” Zahid pesan MIC, MCA jangan merajuk lagi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan MCA dan MIC supaya menghentikan episod merajuk dan kekal bersama Barisan Nasional (BN).
Kenyataan itu dibuat ketika kedua-dua parti itu berdepan tekanan dalaman untuk meninggalkan gabungan berkenaan.
Berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di WTCKL, Zahid mengakui penyertaan UMNO dalam kerajaan perpaduan telah mencetuskan ketegangan dalam BN.
Namun beliau menegaskan gabungan itu kekal sebagai “rumah besar” yang perlu dipertahankan demi kestabilan politik.
Kenyataan itu hadir susulan desakan akar umbi MCA yang mempertikai kedudukan parti tersebut dalam BN, manakala MIC pula masih menangguhkan keputusan sama ada mahu kekal atau keluar, dengan keputusan muktamad dijangka dibuat selepas Thaipusam.




