Malaysia

Ugut bunuh Anwar Ibrahim, Pemuda PKR buat dua laporan polis

Pemuda PKR membuat dua laporan polis berhubung video tular memaparkan seorang lelaki mengugut untuk membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru.

Laporan berkenaan difailkan oleh Pemuda PKR Kuala Lumpur dan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sekitar jam 8 malam Khamis.

Video yang tersebar di TikTok menunjukkan seorang lelaki melontarkan kata-kata berunsur ugutan terhadap Anwar selain mendakwa pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pemuda PKR menegaskan tindakan seumpama itu tidak boleh diterima kerana boleh menjejaskan keharmonian negara, sekali gus menggesa polis segera membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker