Malaysia
Pelajar IPT awam diberi kelonggaran pulang sempena Deepavali

Kementerian Pendidikan Tinggi membenarkan pelajar dan pensyarah yang menyambut Deepavali di universiti awam, politeknik serta kolej komuniti mengikuti kelas secara dalam talian atau hibrid dari 5 hingga 13 November.
Kelonggaran selama sembilan hari itu bertujuan membolehkan mereka pulang ke kampung halaman dan meraikan Deepavali bersama keluarga.
Bagaimanapun, pelaksanaannya tertakluk kepada kesesuaian program akademik dan keperluan institusi masing-masing.




