Malaysia

Sultan Selangor disahkan dijangkiti influenza, sambutan Jubli Perak ditangguh

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kini berehat selepas disahkan dijangkiti influenza, menurut kenyataan Istana Selangor hari ini.

Baginda mula mengalami gejala sejak semalam dan masih demam, namun kini dalam proses pemulihan.

Doktor menasihatkan baginda supaya berehat dan tidak menghadiri sebarang program selama lima hingga tujuh hari.

Sehubungan itu, sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan ke 7 November bagi memberi ruang kepada baginda pulih sepenuhnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker