Malaysia

PM arah Anthony Loke, Rapid KL segera tangani kesesakan tren

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Rapid KL mengambil tindakan segera bagi menangani masalah kesesakan tren yang menjejaskan perjalanan harian pengguna.

Arahan itu susulan aduan seorang pengguna Threads yang berkongsi gambar keadaan sesak di stesen tren, terutama di ibu kota. Anwar menegaskan masalah berulang itu perlu diberi perhatian kerana mengganggu rutin harian rakyat.

Sebelum ini, kesesakan turut dilaporkan di Stesen MRT Bukit Bintang, Laluan Kajang pada 8 Oktober, yang berlarutan kira-kira tiga jam.

Dalam kejadian berasingan pada 12 Oktober, perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit mengalami gangguan akibat kecurian kabel isyarat sepanjang kira-kira 180 meter, menyebabkan perjalanan penumpang mengambil masa lebih lama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker