Malaysia
MIC tiada dendam terhadap PN, kekal bersama Barisan – Vigneswaran

IPOH, 31 Mei — MIC tidak menyimpan sebarang rasa tidak puas hati terhadap Perikatan Nasional (PN) selepas keputusan menutup pintu penyertaan parti itu ke dalam gabungan berkenaan, kata Presidennya Tan Sri S. Vigneswaran.
Beliau berkata MIC memahami keputusan tersebut dan tidak menyalahkan mana-mana pihak, sambil menegaskan keputusan parti perlu merujuk kepada akar umbi dan kepimpinan pusat.
Katanya, MIC kekal bersama Barisan Nasional buat masa ini, manakala sebarang peluang masa depan untuk menyertai PN perlu dibincangkan dengan kepimpinan gabungan itu.




