Malaysia

Honda Sedan Lawan Arus di LDP Puchong Langgar Kereta, Pemandu Larikan Diri

PUCHONG, 1 Jun — Sebuah Honda Sedan yang dipandu melawan arus di Lebuhraya Damansara–Puchong (LDP) merempuh sebuah kereta sebelum melarikan diri dalam kejadian berhampiran Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong, semalam.

Rakaman dashcam menunjukkan kereta itu memasuki laluan bertentangan dan melanggar kenderaan mangsa pada kelajuan tinggi sebelum terus beredar dari lokasi.

Dua penumpang wanita dalam kenderaan mangsa dilaporkan tidak cedera, namun kereta mereka mengalami kerosakan teruk.

Rakaman kejadian kini tular di media sosial, manakala pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker