Malaysia

SPRM sertai siasatan isu tunggakan RM314 juta MyEG, Zetrix AI

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat isu tunggakan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM314 juta melibatkan MyEG dan Zetrix AI Berhad.

SPRM menerima laporan rasmi berhubung perkara itu pada 7 Oktober lalu. Sebarang petunjuk rasuah, sogokan atau salah guna kuasa akan disiasat mengikut bidang kuasa SPRM.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebelum ini mendedahkan kedua-dua syarikat gagal menyerahkan kutipan hasil kerajaan sejak Mei lalu, termasuk bayaran cukai jalan, lesen memandu dan saman trafik.

Susulan itu, perkhidmatan kutipan bayaran melalui MyEG dan Zetrix AI digantung mulai 5 Oktober sehingga tunggakan dijelaskan. Orang ramai boleh menggunakan aplikasi MyJPJ, Portal Awam JPJ atau kaunter rasmi JPJ.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker