Malaysia
Enam kawasan catat IPU tidak sihat, empat di Johor

Sebanyak enam kawasan di Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pagi tadi, dengan empat kawasan membabitkan Johor.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Pasir Gudang dan Kota Tinggi masing-masing mencatat IPU 163, diikuti Pengerang (161) dan Larkin (155).
Di Sarawak pula, IPD Serian merekodkan IPU 150 manakala Sri Aman mencatat bacaan 124.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat. Orang ramai, terutama kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan dan penyakit jantung, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar jika kualiti udara terus merosot.




