Malaysia
Lelaki tular minta wang orang awam, ditahan polis

Seorang lelaki berusia 44 tahun yang tular di media sosial kerana didakwa meminta wang daripada orang awam sebelum menjerit terhadap seorang pemilik kenderaan ditahan polis malam tadi.
Kejadian berlaku di hadapan sebuah kedai buku di Taman Pekan Baru selepas permintaannya tidak dilayan. Suspek turut didakwa memegang objek menyerupai parang sehingga menimbulkan rasa tidak selamat dalam kalangan pelanggan dan pekerja premis.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek ditahan kira-kira jam 11 malam berhampiran sebuah kedai nasi kandar selepas dikesan melalui video tular itu.
Setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan daripada orang awam berhubung kejadian berkenaan.




