Malaysia
Polis buru pemandu bas kes amukan jalan raya di Melaka

MELAKA: Polis mengesan pemandu bas sewa khas susulan insiden amukan jalan raya yang tular.
Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, mangsa berusia 61 tahun mendakwa bas melanggar sisi keretanya sebelum cuba melanggar sekali lagi di Jambatan Syed Abdul Aziz.
Pemandu bas turut didakwa bertindak agresif ketika cuba mendapatkan maklumat.
Kes disiasat atas pemanduan melulu dan berbahaya, dan polis meminta pemandu tampil membantu siasatan.




