Bekalan bahan api Petronas dijamin stabil hingga Ogos, kerajaan tubuh pasukan khas

Kerajaan memberi jaminan bekalan bahan api di semua stesen minyak Petronas di seluruh negara kekal stabil dan mencukupi sehingga Ogos.
Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, rangkaian Petronas membekalkan kira-kira 50 peratus daripada keperluan bahan api domestik negara menerusi Petronas Dagangan Berhad.
Jelas beliau, jaminan itu dibuat berdasarkan laporan rasmi Petronas yang dibentangkan dalam mesyuarat mingguan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Bagi memastikan bekalan terus mencukupi, kerajaan turut menubuhkan Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah MTEN untuk menyelaras tindakan menghadapi ketidaktentuan bekalan tenaga global.
Menurut Azalina, pasukan itu bertanggungjawab memantau bekalan bahan api, mengawal harga, membanteras penyeludupan serta menyelaras usaha mendapatkan sumber minyak mentah dari Afrika Barat dan Amerika sebagai langkah memperkukuh bekalan negara.




