Malaysia
Lembaga Pengampunan bersidang esok, isu tahanan rumah Najib masih tanda tanya

Lembaga Pengampunan akan bersidang esok pada jam 8.30 pagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.
Beliau mengesahkan dirinya antara yang dijemput menghadiri mesyuarat itu, namun enggan mengulas sama ada permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman di rumah akan dibincangkan.
Hannah berkata, beliau tidak dapat mendedahkan agenda atau perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan. Maklumat lanjut mengenai permohonan Najib dijangka diketahui selepas mesyuarat.




