Malaysia
Kanak-kanak 11 tahun dipercayai diliwat di sekolah agama – Polis

Polis mendedahkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun didakwa menjadi mangsa amang seksual membabitkan seorang lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah rendah agama (SRA) di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohd Lazim Ismail memaklumkan, pihaknya menerima laporan pada 16 Disember lalu jam 4.16 petang.
Katanya, laporan dibuat terhadap seorang lelaki yang disyaki melakukan amang seksual ke atas pengadu, seorang kanak-kanak lelaki yang juga murid sekolah berkenaan.
Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.
Setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan kes masih dalam siasatan.




