Air mani dikesan pada dubur bayi 9 bulan, penganggur dipenjara 30 tahun dan 13 sebatan

Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan meliwat dan membunuh bayi lelaki berusia sembilan bulan yang dijaga isterinya empat tahun lalu.
Tertuduh, Mohamed Badruldin Mohamed, 40, menerima hukuman 10 tahun penjara dan satu sebatan bagi kes liwat, manakala 30 tahun dan 12 sebatan bagi kes bunuh. Hukuman berjalan serentak bermula tarikh tangkap pada 29 April 2021.
Siasatan mendapati terdapat DNA dan ekstrak air mani milik tertuduh pada dubur mangsa, selain kecederaan akibat objek tumpul yang mengukuhkan elemen penderaan seksual.
Bedah siasat juga mengesahkan bayi itu meninggal dunia akibat perbuatan yang menyebabkan sesak nafas.
Kesalahan bunuh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala pertuduhan liwat mengikut Seksyen 377C.
Pendakwaan memohon hukuman maksimum mengambil kira usia mangsa dan tahap kekejaman perbuatan tersebut.



