Malaysia

Panik ketika kebakaran, pemuda maki bomba tampil mohon maaf

Seorang lelaki tampil memohon maaf kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas videonya memaki anggota bomba ketika kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan tular di media sosial.

Rozaizar Rozainie, 39, berkata, tindakannya berlaku kerana dia terlalu tertekan dan emosinya tidak terkawal apabila melihat kanak-kanak panik serta berlari ketakutan ketika api marak di kawasan berkenaan.

Menurutnya, ketika itu dia tidak menyedari telah menggunakan kata-kata kesat kerana terlalu risau melihat keadaan sekeliling. Dia juga mengakui tidak melihat keseluruhan operasi bomba.

Kebakaran besar yang berlaku Ahad lalu itu memusnahkan kira-kira 1,000 rumah melibatkan lebih empat hektar kawasan dan menyebabkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker