Malaysia
JDT didenda RM27,700 oleh AFC selepas aksi suku akhir ACLE bertemu Al Ahli

Johor Darul Ta’zim (JDT) dikenakan denda sebanyak kira-kira RM27,700 oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan pelanggaran tatatertib ketika aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Al Ahli pada Jumaat lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC selepas tujuh kad kuning dilayangkan kepada pemain serta pegawai pasukan JDT sepanjang perlawanan tersebut.
Pihak AFC menegaskan bahawa denda tersebut wajib diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan dikeluarkan bagi mengelakkan hukuman yang lebih berat.
Selain terpaksa membayar denda yang besar, JDT juga terpaksa akur dengan keputusan perlawanan tersebut yang memihak kepada Al Ahli dengan keputusan 1-2.




