Malaysia

SPRM Sabah tahan penjawat awam, terlibat tuntutan palsu RM500,000

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lagi suspek dipercayai terlibat dalam kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan kira-kira RM500,000.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek disyaki bersubahat dengan seorang lagi lelaki yang juga pengarah syarikat pembinaan dan telah ditahan pada Isnin lalu.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah, mengesahkan penahanan berkenaan. Butir matan palsu merujuk kepada maklumat atau fakta penting yang direka atau dipalsukan dalam dokumen bagi tujuan menipu dan mendapatkan sesuatu kepentingan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker