Malaysia

Sistem imbas nombor plat dilaksana di 13 plaza tol – Alexander Nanta

Plus Malaysia Berhad (PLUS) memulakan projek rintis sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi Automatic Number Plate Recognition (ANPR) di 13 plaza tol.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, inisiatif ini merupakan kerjasama kerajaan dan GLC dalam usaha meningkatkan kecekapan sistem kutipan tol negara.

Projek rintis akan bermula Oktober ini di laluan Hutan Kampung–Sungai Dua sebelum diperluas ke seluruh jaringan lebuh raya PLUS.

Sistem ANPR bukan sekadar mengimbas nombor plat, tetapi turut memadankan dengan ciri fizikal kenderaan bagi mengelak penipuan.

Caj tol akan ditolak secara automatik daripada akaun yang dipautkan tanpa perlu kenderaan berhenti.

Semua transaksi dilakukan melalui aplikasi JustGO, yang turut menyediakan fungsi semakan transaksi, e-invois dan pelbagai mod pembayaran digital.

Jika baki tidak mencukupi, sistem akan mengeluarkan caj susulan berserta tindakan penguatkuasaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker