Malaysia

Lelaki disyaki rogol anak jiran berusia 13 tahun ditahan polis di Gombak

Seorang lelaki berusia 54 tahun ditahan polis selepas disyaki merogol pelajar tingkatan satu yang juga jirannya di Bandar Tasik Puteri, Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian dilaporkan oleh ibu mangsa berusia 35 tahun pada Ahad lalu.

Suspek pula telah ditahan pada hari sama berhampiran kawasan kejadian.

Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat lanjut tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker