Malaysia

Pulau Pinang rekod 36 kluster influenza namun semua terkawal

Pulau Pinang merekodkan 36 kluster influenza setakat Minggu Epidemik (ME) ke-41 tahun ini, melibatkan institusi pendidikan seperti tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

Daripada jumlah itu, sembilan kluster dikesan dari ME 1 hingga ME 39, diikuti 10 kluster pada ME 40 (28 Sept–4 Okt) dengan 418 kes kumulatif, manakala 17 kluster lagi direkodkan pada ME 41 (5–11 Okt).

Menurut laporan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, tiada kematian atau mutasi baharu dikesan dan semua kluster berada dalam keadaan terkawal.

Pada peringkat nasional, Kementerian Kesihatan sebelum ini melaporkan 97 kluster influenza dikesan pada ME 40/2025, meningkat ketara berbanding 14 kluster pada minggu sebelumnya.

Pulau Pinang antara lima negeri tertinggi dengan 10 kluster, selain Selangor (43), Kuala Lumpur dan Putrajaya (15), Johor (9) dan Kedah (5).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker