Malaysia

 Himpunan Anti Rumah Anutan Haram di Kuala Lumpur Sabtu ini

Satu himpunan aman akan diadakan pada Sabtu ini di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, bermula jam 8 malam, bagi menuntut tindakan terhadap rumah ibadat yang dibina secara haram.

Himpunan dianjurkan oleh Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), melibatkan 141 NGO setakat ini.

Menurut penyelaras GARAH, Zamri Vinoth, pihaknya akan memastikan perhimpunan berjalan secara aman, tertib, dan mematuhi undang-undang.

Peserta dijangka menyuarakan luahan mereka serta cadangan penyelesaian kepada pihak berkuasa.

Zamri pada masa sama menegaskan bahawa himpunan itu tiada kaitan dengan Lawatan Perdana Menteri India, Narendra Modi ke Malaysia hujung minggu ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker