Malaysia

Misi GSF 2.0 diteruskan pertengahan 2026, ramalan cuaca laut lebih tenang

Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dijangka diteruskan pada pertengahan 2026 dengan perancangan mengambil kira ramalan cuaca Laut Mediterranean yang lebih tenang bagi memastikan kelancaran operasi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery, penganjuran kali ini menyasarkan penyertaan lebih luas berbanding GSF 1.0 tahun lalu yang melibatkan 45 negara.

Tumpuan utama kali ini adalah meningkatkan sokongan antarabangsa terhadap Palestin serta tekanan global agar keganasan dihentikan.

Perincian pelaksanaan masih dirahsiakan atas faktor keselamatan, namun tempoh awal musim bunga dikenal pasti sebagai waktu paling sesuai.

Malaysia turut diharapkan kembali memainkan peranan penting sebagai penaung utama, susulan sokongan berterusan terhadap misi kemanusiaan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker