Malaysia

Amaran cuaca buruk di Lembah Klang dan 3 negeri pagi ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Lembah Klang, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka pada pagi ini.

Cuaca buruk dijangka di Bera serta beberapa kawasan di Selangor termasuk Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, selain seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Agensi itu turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di perairan Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi serta sukan laut, dengan paras air laut di Terengganu dan Kelantan dijangka meningkat sehingga esok.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker