Malaysia

Tidak wajar bangkit isu hapuskan hutang PTPTN – Ketua AMK

Isu penghapusan hutang PTPTN tidak wajar terus dibangkitkan terhadap Adam Adli Abd Halim kerana janji itu dibuat ketika beliau masih bergelar aktivis, sedangkan peranan dan kedudukan beliau kini berbeza sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berpandangan kritikan berterusan itu tidak adil kerana landskap ekonomi dan kedudukan fiskal negara sudah berubah berbanding sedekad lalu.

Menurutnya, dasar pendidikan perlu dinilai berdasarkan realiti semasa dan kemampuan negara, bukan janji lama yang dibuat dalam konteks berbeza.

Beliau menegaskan kerajaan kini mengambil pendekatan berperingkat dan bersasar, termasuk langkah menghapuskan hutang PTPTN bagi pelajar B40 melalui Belanjawan 2026, sebagai usaha penambahbaikan sistem pendidikan selaras dengan keadaan ekonomi semasa.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker