Malaysia

MC palsu dijual serendah RM50, jururawat klinik kerajaan antara yang direman

Lima individu termasuk seorang jururawat wanita dari sebuah klinik kerajaan direman kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan sijil cuti sakit (MC) palsu di daerah ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Melody Woon Sze Mun selepas kesemua suspek berusia antara 30 hingga 55 tahun ditahan dalam operasi polis di sekitar Pekan pada 15 Jun lalu.

Kes itu terbongkar selepas Pejabat Kesihatan Daerah Pekan menerima maklumat mengenai kegiatan tersebut pada 12 Mei.

Siasatan mendapati MC berkenaan menggunakan nama dan cop seorang pegawai perubatan yang telah bertukar tempat bertugas sejak 2023.

Polis percaya MC palsu itu dijual pada harga antara RM50 hingga RM200 sekeping melalui beberapa individu yang bertindak sebagai orang tengah untuk mendapatkan pelanggan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi tujuan menipu dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker