Dunia
Maldives berjaya hapus penularan HIV, Sifilis dan Hepatitis B

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf Maldives sebagai negara pertama di dunia berjaya mencapai penghapusan penularan HIV, sifilis dan hepatitis B dari ibu kepada anak (EMTCT).
Pengiktirafan diserahkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Serantau WHO ke-78 di Colombo.
Dalam mesyuarat sama, negara anggota WHO Asia Tenggara turut menerima pakai Deklarasi Colombo mengenai penuaan sihat.
Ia berikutan jangkaan peningkatan populasi warga emas rantau itu kepada 20.9 peratus menjelang 2050 berbanding 11.3 peratus pada 2024.
WHO menegaskan penjagaan kesihatan primer sebagai asas utama ke arah mencapai liputan kesihatan sejagat bagi memastikan warga emas kekal sihat dan produktif.




