MalaysiaTeknologi

Akaun whatsapp digodam dan disekat, MCMC siasat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat aduan pengguna mengenai akaun WhatsApp yang didakwa digodam, disekat atau tidak boleh diakses.

MCMC berkata beberapa aduan telah diterima dan perkara itu dirujuk kepada Meta, syarikat yang mengendalikan WhatsApp, untuk tindakan lanjut.

MCMC turut menjelaskan akaun yang digodam dan akaun yang disekat WhatsApp adalah dua perkara berbeza. Akaun yang diambil alih pihak lain boleh disalahgunakan sebelum disekat oleh platform.

Pengguna dinasihatkan tidak berkongsi kod pengesahan atau PIN, mengaktifkan ‘Two-Step Verification’ dan menggunakan saluran rasmi WhatsApp untuk mendapatkan semula akaun.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker