Ketua pengarah JUPEM mengaku tidak bersalah terhadap kes rasuah RM136,000

Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Datuk Hazri Hassan, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan rasuah melibatkan nilai keseluruhan RM136,115.16.
Beliau membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Suzana Hussin selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya pagi tadi, 22 April 2026.
Mengikut pertuduhan pertama, Datuk Hazri didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) untuk memperoleh suapan sebanyak RM30,201.16. K
Untuk pertuduhan kedua pula, Hazri didakwa menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan berjumlah RM105,914 untuk dirinya sendiri.
Mahkamah menetapkan prosiding lanjut bagi kes tersebut selepas tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.




