Malaysia

Video tiktok palsu yang babitkan ketua SPRM sedang disiasat MCMC

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka siasatan terhadap seorang pengguna TikTok yang disyaki menyebarkan kandungan palsu serta mengelirukan melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menurut MCMC, kandungan tersebut didapati mempunyai unsur fitnah dan berpotensi menjejaskan reputasi individu terlibat selain mengganggu ketenteraman awam.

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

MCMC menegaskan pihaknya memandang serius penyalahgunaan media sosial dan platform digital untuk mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker