Malaysia

Lima cedera dalam kemalangan di Glenmarie, dua lelaki maut

Dua lelaki berusia 20 tahun maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Hicom-Glenmarie Industrial Park.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, Proton Wira dinaiki empat lelaki berusia 19 dan 20 tahun, dengan dua daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi.

Dua lagi lelaki berusia 19 tahun yang menaiki Wira mengalami kecederaan ringan. Tiga penumpang Proton Exora, masing-masing seorang wanita berusia 29 tahun serta dua lelaki berusia 27 dan 28 tahun, turut cedera ringan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker