Malaysia

Kembara ilmu dan pesta buku Sabah 2026 meriah, Aaron Ago tekan budaya ilmu perlu diperbaharui

Majlis Perasmian Penutup Program Kembara Ilmu dan Pesta Buku Sabah telah disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 14 Jun jam lalu.

Program ini dianjurkan sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Sabah 2026 dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Negeri Sabah, Taman Botani Tun Fuad Stephens dan MAPOBA.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan Kembara Ilmu yang berkonsepkan “info hunt” adalah pendekatan baharu untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan generasi muda.

Sementara itu, Pesta Buku Sabah mencatat sambutan menggalakkan dengan kehadiran ribuan pengunjung serta pelbagai pengisian termasuk karya penulis tempatan, program kartunis Binjai dan Puisi Etnik.

Aaron Ago dalam penutup ucapannya berkata perpustakaan tidak lagi boleh kekal sebagai ruang fizikal semata-mata, sebaliknya perlu mendekati masyarakat di sekolah, komuniti dan platform digital.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker