Malaysia

“Sudah 13 tahun saya dipersalahkan — silakan kalau buat anda lena,” kata TMJ, gesa semua dalam FAM tanggungjawab isu FIFA

SUBANG JAYA:
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menolak kritikan yang dilemparkan terhadapnya berhubung prestasi bola sepak negara, sambil menyifatkannya bukan perkara baharu.

Baginda berkata, dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai punca kemerosotan bola sepak Malaysia tidak menggusarkan beliau.

“Saya sudah dipersalahkan atas masalah bola sepak negara selama 13 tahun. Kalau menyalahkan saya boleh buat anda tidur lena, saya tiada masalah,” titah baginda dalam sidang media di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sebelum ini, Tunku Ismail turut menegaskan bahawa seluruh kepimpinan FAM perlu bertanggungjawab terhadap kontroversi dokumen pemain naturalisasi, bukan hanya Setiausaha Agung FAM semata-mata. Baginda percaya isu tersebut berpunca daripada kesilapan teknikal dan bukannya pemalsuan dokumen seperti didakwa.

FIFA sebelum ini mengenakan denda RM1.8 juta serta menggantung tujuh pemain selama 12 bulan, manakala keputusan rayuan dijangka diumumkan 30 Oktober ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker