Malaysia

Imigresen gempur tapak pembinaan di Kulim, 129 PATI ditahan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan 129 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Sapu di sebuah tapak pembinaan di Daerah Kulim, Kedah, pada Rabu hasil risikan dan maklumat awam.

Pengarah JIM Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, seramai 159 individu diperiksa membabitkan 30 rakyat tempatan dan 129 warga asing.

Mereka ditahan kerana disyaki tidak memiliki dokumen sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta melanggar syarat pas.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 100 warga Bangladesh, 11 Pakistan, 10 Indonesia dan lapan Myanmar. Sebahagian daripada mereka turut cuba melarikan diri dan bersembunyi sebelum berjaya diberkas.

Kesemua PATI berusia 21 hingga 62 tahun dibawa ke Depot Imigresen Belantik untuk siasatan lanjut. JIM Kedah turut mengingatkan majikan supaya tidak menggaji warga asing tanpa dokumen yang sah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker